Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

LPKP kembang pejabat ke Pedalaman — Raimie

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Pejabat pentadbiran Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah akan dikembangkan di kawasan pedalaman, dalam usaha meningkatkan perkhidmatan kepada pengusaha pengangkutan awam, kata Pengerusinya Datuk Raimie Unggie.IMG-20160414-WA0051

“Ia sangat perlu,” jelasnya dan menambah kewujudan pejabat pentadbiran itu nanti memberi kemudahan dalam semua sudut kepada pengusaha pengangkutan teksi, bas serta kenderaan berat di kawasan pedalaman.

Sebelum ini segala urusan berpusat di ibu negeri menyaksikan pengusaha terpaksa berbelanja besar setiap kali datang ke pejabat itu.

Raimie berkata, sudah sampai waktu perkhidmatan LPKP ditingkatkan dengan melihat perkembangan pengangkutan awam di kawasan pedalaman semakin meningkat, selain lokasinya terletak diantara beberapa daerah penting di negeri ini.pengusaha pengangkutan

Beliau yang merupakan Wakil Rakyat Parlimen bagi kawasan Tenom mencadangkan untuk membina sebuah terminal bagi tujuan memberi keselesaan kepada pengguna.

Mengenai rungutan pengusaha terhadap kehadiran kegiatan pengangkutan haram di Keningau dan daerah-daerah lain di kawasan pedalaman, Raimie mahu supaya pihak berkuasa tempatan mencari kaedah berkesan untuk menanganinya.

Pengerusi itu memberi ingatan tegas kepada pengusaha teksi dan bas supaya sentiasa memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna, bersikap jujur dan sentiasa beretika kerana menurut beliau kawasan pedalaman antara lokasi pelancongan yang menjadi pilihan pengunjung komuniti antarabangsa.

“Peranan anda sangat penting di sini,” katanya ketika berucap dalam satu majlis dialog bersama pengusaha pengangkutan awam di Keningau baru-baru ini. – Oleh: KALAWON SALANGIT

 

 708 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.