Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Mampu kah negara bertahan?

PEPERANGAN COVID 19

0

EKSKLUSIF

PROF Ir DR. ROSALAM SARBATLY

PEPERANGAN melawan Covid 19 ini merupakan serangan kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa, dan kedudukan masyarakat. Serangan Covid19 bukan hanya menguji kesediaan sistem perubatan negara, ia sebenarnya sedang menguji sejauh mana kecekapan sistem pentadbiran dan sikap masyarakat dalam membendung wabak ini.

Secara umumnya, disiplin, berilmu, dan sikap kerjasama semua lapisan masyarakat merupakan asas dalam usaha membendung wabak. Antara yang amat penting adalah kesedaran dan disiplin masyarakat dengan mengelak panik sebaliknya menyumbang dalam pelbagai bentuk yang tidak melanggar arahan asas pencegahan penularan dalam memerangi wabak. Sebagai contoh menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan, menyediakan sistem maklumat yang tepat dan cepat, pembangunan segera sumber manusia barisan hadapan, penggemblengan pakar-pakar saintis, kejuruteraan dan industri bagi membantu memperkukuh sistem perubatan negara khususnya dalam mengenal pasti jujukan sifat virus, membangun kit ujian segera dan ubat-ubatan yang perlu, peralahan hospital, dan alatan-alatan nyah virus di tempat awam.

Di peringkat mensejehterakan masyarakat, alat perlindungan asas terutamanya penutup hidung dan pembasmi virus perlu mencukupi dibekalkan kepada semua lapisan masyarakat. Ini akan dapat mengurangkan risiko jangkitan yang akan meningkatkan benanan pasukan hadapan. Pembangunan segera pasukan petugas hadapan dan fasiliti kesihatan juga perlu difikirkan. Selain itu mengurus dan mempastikan  rantaian pengeluaran dan bekalan makanan tidak terputus serta mengurus kesan langsung kepada golongan yang memerlukan bantuan keperluan asas makanan yang terjejas kesan daripada wabak dan tindakan yang di ambil oleh pihak kerajaan mesti diberi keutamaan.

Amat penting untuk ditegaskan, selain peranan utama Perdana Menteri selaku ketua negara yang mesti berfungsi sepenuhnya selaku, tanggungjawab melawan wabak bukan hanya  dibebankan kepada Kementerian Kesihatan, tetapi ia merupakan tanggungjawab semua Kementerian-kementerian lain dan semua lapisan masyarakat. Adalah amat penting pentadbiran negara sentiasa berada di hadapan dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Perancangan yang tersusun, disampaikan kepada masyarakat secara jelas dan sentiasa dipatuhi akan memudahkan Kementerian Kesihatan terus fokus kepada usaha mengesan dan merawat pesakit serta menyampaikan informasi penularan wabak dengan tepat dan cepat selaku barisan hadapan.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Pengajian Tinggi bersama industri-industri mesti membantu menggembleng kumpulan tenaga pakar menghasilkan inovasi melawan wabak seperti kit saringan, peralatan hospital, peranti saringan awal dan saluran maklumat menerusi penggunaan IoT (Internet of Things). Kementerian dalam Negeri yang dibantu oleh Kementerian Pendidikan dan Pertahanan memastikan disiplin masyarakat dalam mematuhi arahan tanpa kompromi bagi membendung penularan wabak pada masa sama mendidik masyarakat agar tidak panik.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna perlu memastikan rantaian pengeluaran dan bekalan makanan tidak terputus. Setakat ini hanya Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahan telah diketahui umum  mengambil bahagian secara aktif, manakala kementerian-kementerian lain masih lagi merasakan strategi peperangan mesti dirasahiakan termasuklah Ekonomi dan Kewangan masih belum kedengaran bertindak secara agresif dalam membantu membendung wabak.

Covid19-Seluruh dunia sedang di serang oleh virus yang dilaporkan bermula di Wuhan Cina pada Disember 2020 telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh WHO bermula 11/03/2020. Setakat hari ini ia telah membunuh sekitar 13,000 penduduk dunia dengan jangkitan sekitar 300,000 orang atau pada kadar sekitar 4-5%. Di Malaysia jumlah disahkan dijangkiti adalah sekitar 1300 dengan kematian seramai 10 orang dengan peratusan kematian berbanding yang dijangkiti iaitu sekitar 0.7%, jauh lebih rendah daripada kadar kematian yang dilaporkan oleh WHO (World Health Organization).

 

 1,438 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.