Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Tapak kaki dinosaur 200 juta tahun ditemukan di pantai Wales

0

FOSIL tapak kaki dinosaur yang ditemukan di sebuah pantai di Wales dipercayai berusia lebih 200 juta tahun.

Lapor CNN, ahli paleontologi dari Natural History Museum di London memaklumkan tapak kaki dinosaur itu berasal dari zaman Triassic.

Malah, pakar percaya penemuan tapak kaki itu dari spesies Saurapod atau kumpulan Saurapod yang paling awal.

“Kami tahu spesies awal Saurapod wujud di Britain pada masa itu kerana tulang Camelotia (spesies yang paling awal) ditemukan di Somerset pada tempoh sama.

“Kami tidak pasti sama ada spesies ini meninggalkan jejak kaki tersebut, namun ia merupakan petunjuk haiwan seperti ini boleh melakukannya,” kata ahli paleontologi, Dr. Susannah Maidment yang terlibat dalam penyelidikan tersebut.

Sebelum ini, Maidment dan rakan sekerjanya, Prof. Paul Barrett menerima gambar tapak kaki yang ditemukan di pantai di Penarth oleh ahli paleontologi amatur, 2020.

Maidment bersama Barrett mulanya berasa ragu-ragu dengan laporan penemuan tersebut.

Mereka kemudian melakukan penyelidikan dan mendapati kesan tapak kaki itu milik kumpulan spesies dinosaur paling awal. – AGENSI

 

 222 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.