Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Mantan Ketua Wirawati Tandek sertai UPKO

0

PENAMPANG (Sabah, Malaysia): Mantan Ketua Wirawati Warisan Kota Marudu Suzie Salapan mengambil keputusan menyertai Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) kerana kagum dengan kepimpinan pucuk pimpinan parti itu.

SUZIE SALAPAN

Beliau yang juga mantan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tandek berkata, cara kerja Presiden baharu parti itu Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi amat menginspirasikan orang muda.

“Terima kasih kepada pucuk pimpinan UPKO pada hari ini kerana sudi menerima kemasukan saya dalam keluarga UPKO.

“Saya mengambil keputusan untuk bersama UPKO kerana saya melihat kepimpinan yang ditunjukkan dan dibawa oleh Presiden (Datuk Ewon) yang sangat menginspirasi dan dekat dengan masyarakat.

“Saya nampak cara kerja Datuk Ewon semasa beliau Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah beberapa tahun lalu yang begitu bersungguh-sungguh membantu rakyat akar umbi,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang keahlian baharu, di Ibu Pejabat UPKO, di sini, petang tadi.

Suzie turut menyifatkan Ewon sebagai seorang yang suka mendengar dan mengambil cadangan rakyat akar umbi.

“Saya melihat kepimpinan UPKO yang ada sekarang ini banyak mengetengahkan anak-anak muda untuk bergerak membantu rakyat, itu antara sebab kenapa saya mengambil keputusan untuk bersama UPKO dan meninggalkan parti lama saya,” katanya.

Katanya lagi, UPKO mempunyai wawasan yang tinggi dan misi serta objektif yang sangat baik untuk membantu orang muda khususnya orang Sabah.

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.