Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Lelaki parah ditikam isteri 

0

BANGKOK: Seorang lelaki di Thailand nyaris maut dipercayai ditikam tiga kali oleh isterinya, selepas dia meminta izin untuk mengambil kedi golf sebagai wanita simpanannya.

The Thaiger melaporkan, kejadian itu berlaku di sebuah bilik sewa di Mueang Chon Buri, semalam.

Pegawai Balai Polis Don Hua Lor yang tiba di lokasi kejadian melihat pemain golf itu, Rachain berusia 36 tahun, berada dalam keadaan terpinga-pinga, selain cedera pada lengan, belakang badan dan perutnya.

Hasil siasatan mendapati lelaki itu mendakwa diserang isterinya sendiri, dan motif kejadian dipercayai akibat cemburu.

Rachain mendedahkan, isterinya didakwa cemburu dan marah selepas dia meminta izin mahu mengambil kedi golfnya sebagai wanita simpanan.

Ketika kejadian, katanya, isterinya tidak banyak cakap, sebaliknya hanya menikamnya sebelum beredar dari tempat kejadian.

“Saya tidak akan mengambil tindakan undang-undang kerana saya memaafkannya,” katanya.

Dalam pada itu, Rachain menerima bantuan pertolongan cemas daripada Pasukan Penyelamat Trai Kunna Dham sebelum dibawa ke Hospital Chon Buri untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sebelum ini, kejadian sama akibat cemburu pernah berlaku kepada pemain golf, pada Jun lalu.

Padang golf di wilayah tengah Kanchanaburi menjadi tempat kejadian tragis apabila seorang lelaki Thailand yang cemburu menembak seorang pemain golf, dan kekasihnya yang bekerja sebagai kedi.

Motif di sebalik perbuatan ngeri itu adalah syak wasangka kerana penyerang percaya pemain golf itu mempunyai hubungan sulit dengan kekasihnya.

Walaupun kedi itu terselamat dalam serangan itu, pemain golf itu meninggal dunia akibat kecederaannya ketika menerima rawatan.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.