OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa letusan Gunung Berapi Semeru turut disertai oleh kumpulan sukarelawan dari Jember.
Selain melakukan SAR, kumpulan sukarelawan itu juga membantu pihak berkuasa mendirikan pusat perlindungan sementara dan memberi sokongan psikologi kepada penduduk yang terjejas.
Seorang sukarelawan, David memberitahu, mereka juga ditugaskan untuk memeriksa sejumlah kawasan terjejas bagi mencari mangsa yang mungkin terperangkap.
“Ketika kami melakukan pemeriksaan, kami menemukan mayat ibu dan anak saling berpelukan di Curah Kobokan.
“Kami juga menemukan sejumlah mayat bertindihan antara satu sama lain di dalam sebuah trak,” katanya.
Jelas David, tidak semua mayat tersebut dapat dibawa keluar susulan lahar masih panas.
Lelaki itu turut memberitahu, kenderaan pacuan empat roda tidak dapat digunakan untuk memasuki kawasan kampung tersebut susulan jalan licin akibat dipenuhi debu gunung berapi, selain lahar tebal.