SAMARAHAN (Sarawak, Malaysia): Mayat Crlieyseha Abdul Rahim yang menjadi mangsa Bahaman buaya di Kampung Sungai Mata pada Khamis ditemui kira-kira jam 8.55 pagi pada Jumaat.
Mayat kanak-kanak berusia dua tahun enam bulan itu ditemui kira-kira 10 meter dari tempat mangsa disambar, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Pada Jumaat mangsa bersama ayanya – Abdul Rahim Maarof, 26, diserang seekor buaya ketika sedang mandi di sungai itu kira-kira jam 6 petang, di kawasan sebuah ladang sawit berhampiran kediaman mereka.
Tangan ayah kanak-kanak perempuan itu patah tangan ketika cuba menyelamatkan anaknya yang sedang dibaham buaya itu.