KUCHING (Sarawak, Malaysia): Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (gambar) berkata, rakyat Sarawak mempunyai budaya tinggi untuk menghargai bantuan yang diterima, justeru mereka menerima Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana keikhlasannya membantu rakyat negeri itu.
“Dato’ Seri Najib datang bawa leburaya Pan Borneo, dan anda lihat keikhlasan beliau,’ Katanya dalam satu persidangan media persediaan jentera parti PBB Zon Kucing di Jalan Bako yang menempatkan ibu pejabat parti itu di sini.
Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu menjelaskan bahawa beliau sudah lama dalam politik dan tahu siapa pemimpin yang benar-benar ikhlas dan tidak ikhlas, hatta katanya beliau juga mengenali pemimpin pembangkang dan matlamat mereka di negeri itu.
Mengenai saranan Wakil Rakyat Balakong, Ng Tien Chee yang berkata satu-satunya cara untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional adalah dengan menumbangkannya pada pilihanraya ini, Abang Johari sekadar berkata, pembangkang boleh bercakap apa sahaja tetapi hakikatnya rakyat tidak akan berganjak daripada terus menyokong kerajaan.
Isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan UMNO akan dibawa masuk ke Sarawak sebagaimana yang dicanang oleh pembangkang katanya, hanyalah isu kecil yang boleh diatasi.
Katanya UMNO dan PBB mempunyai perbezaan yang besar, kerana Bumiputera Sarawak mempunyai latar belakang yang berlainan, sementara UMNO tidak mempunyai pengkhususan sebegitu.
“Pemimpin UMNO di Kuala Lumpur peka dengan perkara ini. Dalam PBB itu sendiri kita ada Iban, Orang Ulu…kita tidak ada masalah agama dan budaya kita juga berlainan.
“Rakyat Sarawak tahu budaya dan tradisi mereka sendiri dan tradisi itu yang perlu dipulihara. Kami semua tidak terlibat dalam isu-isu kecil,” katanya.
Apa yang penting katanya ialah membawa negeri ini ke arah masa depan yang baik, dan rakyat seharusnya tidak terpengaruh dengan propaganda murahan yang dicanangkan oleh pembangkang.
“Kita tahu apa yang kita lakukan dan masa depan yang diinginkan oleh rakyat,” katanya dan menekankan propaganda yang ditiupkan oleh pembangkang sekadar sekekulimit isu yang kecil dan begitu murah.
979 total views, 1 views today