Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

SESB bina menara di Kg. Kirikot Tambunan

0

TAMBUNAN (Sabah, Malaysia): Tiga daripada 25 tapak menara elektrik berkuasa tinggi Sabah Electricity Sebdirian Berhad (SESB) yang berisiko hakisan, dipindah di kawasan selamat.IMG-20160407-WA0064

Menara-menara itu, di Kg. Kirikot Tambunan, Kg. Hologilad Pangi dan Kg. Sapadulang Lahad Datu.

Pada Khamis, syarikat itu melancarkan gunapakai menara berharga RM3.5 juta  yang membekalkan kuasa 275 kilovolt.

Bercakap kepada media selepas satu taklimat kepada Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah – Datuk Bobby A. Suan, Pengurus Besar Pnghantaran SESB, Ir Mohamad Yaakob Hj. Jaafar berkata, sebanyak 12 menara pembekal kuasa elektrik itu di seluruh negeri memerlukan pemindahan tapak.IMG-20160407-WA0111

“Bagi fasa pertama kita telah pindahkan tiga menara daripada jumlah itu,” jelasnya dan menambah, ianya dilakukan bagi memastikan keperluan pengguna tidak terjejas.

Datuk Suan ketika menyampaikan ucapan ringkasnya memberitahu bahawa pemindahan tapak itu amat signifikan ke arah menambahbaik perkhidmatan bekalan elektrik di negeri ini.

“Saya mengucapkan tahniah diatas usaha yang cekap ini,: katanya. Oleh: KALAWON SALANGIT.

 736 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.