WANITA yang dilaporkan hilang ketika memancing di Kampung Tanjung Bulat Sinar Jaya Kinabatangan pada Sabtu, ditemui dalam keadaan mayat yang tidak sempurna, lapor Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Jabatan itu dalam satu kenyataan memberitahu, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 6.53 hari ini (Ahad), dan dikenalpasti sebagai Norsila Sayong, 32.
Mayat mangsa ditemui oleh orang awam kira-kira 800 meter dari lokasi terakhir dengan tiada tangan dan kaki,” jelas jabatan itu dalam satu kenyataan..
Mangsa dilaporkan hilang pada petang Sabtu dipercayai disambar buaya ketika sedang memancing bersama keluarganya di sungai kampung itu.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak PDRM polis untuk tindakan selanjutnya.