
Oleh: ROSANNA EDEZA
PENGERUSI Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Tuan Haji Yazid Hj. Mohd Hasnan Tawik @ Charles mahu umat Islam di Bingkor supaya memenafaatkan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan seperti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain KAFA dengan sepenuhnya.
“Kemudahan-kemudahan ini (KAFA) perlu digunakan dengan semaksimanya,” Katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penghargaan Murid KAFA As Syakirin Pekan Bingkor, di sini pada Ahad.
Yazid yang merupakan Ketua Biro Agama Islam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor mahu penduduk di situ supaya menghantar anak-anak mereka untuk menimba ilmu di KAFA As Sykirin Pekan Bingkor.
Hadir sama di majlis itu ialah Imam Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Juslin Ibrahim, Penyelia KAFA Daerah Keningau Ustazah Mazni Munarah, Pengerusi KAFA As Syakirin Kamarudin Said.
![]()