Oleh:DG HENRY
SERAMAI 45 orang pengunjung sebuah pusat hiburan di bandar Keningau dikompoun dalam satu serbuan Operasi Pematuhan SOP PPN 4 dan Hiburan kira-kira jam 1 pagi pada Ahad kerana didapati tidak mengikuti SOP ketika berhibur.
Ketua Polis Keningau Deputi Superintenden Polis (DSP) Nor Rafidah Kasim memberitahu, kesemua yang dikompuan melanggar pematuhan Prosedur Operasi Standrad (SOP) yang ditetapkan di bawah kesalahan Peraturan 17 (2) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LLDKTJ) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 ketika berhibur.
“Mereka terdiri daripada 34 lelaki dan 11 permpuan masing-masing berumur lingkungan 20 -40 tahun,” Katanya dalam satu kenyataan kepada media di Keningau (Sabah, Malaysia), pada Ahad.
Nor Rafidah berkata, seorang lelaki yang mengaku penjaga permis hiburan itu turut ditangkap kerana menjalankan perniagaan hiburan tanpa lesen yang sah.
“Beberapa peralatan muzik turut dirampas sebagai bahan bukti,” Katanya dan memberitahu, kes itu dirujuk dibawah Ordinan Hiburan Awam.
Mengikut fakta kes, kira-kira jam 1 pagi pada Ahad sepasukan Polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Keningau telah menjalankan tugas Operasi Pematuhan SOP PPN 4 dan Op Hiburan sebuah premis di kawasan pekan Keningau.
“Serbuan dilakukan iaitu kira-kira jam 1 pagi, di sebuah pusat hiburan yang masih beroperasi dan didapati muzik masih dimainkan dengan para pelanggan minum minuman keras di dalam premis dan didapati tiada SOP penjarakan sosial dalam premis tersebut,” Katanya.
Ketua Polis itu menasihatkan orang ramai serta pemilik premis supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di dalam Pelan Pemulihan Negara bagi memastikan diri, keluarga dan masyarakat kekal selamat.
Katanya, polis akan mempertingkatkn operasi pemantauan dari masa ke semasa bagi memastikan SOP sentiasa dipatuhi demi memastikan daerah keningau sifar jangkitan covid.
![]()