MENRA telekomunikasi yang ke 51 dibina dan mula beroperasi pada Ahad di Kampung Rungus Nahaba Tuaran, Sabah bakal mengubah lanskap kehidupan penduduk setempat di kawasan pergunungan Sabah itu.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Arthur Joseph Kurup dalam lawatan ke lokasi menara itu pada Sabtu memberitahu ianya mampu memanafaatkan seramai 250 orang penduduk di kampung itu.
Katanya, menara baharu melalui projek JENDELA itu merupakan yang terawal dilaksanakan di negeri bawah bayu itu.
“Warga pendidik dan murid-murid yang sedang megaji di Sekolah Kebangsaan (SK) Rungus Nahaba kini boleh menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari rumah melalui jaringan perkhidmatan telekomunikasi 4G dengan lebih baik,”.
“Selebih daripada itu, kesalinghubungan Internet yang lebih baik juga membantu memperbaiki sosioekonomi penduduk di kawasan ini melalui pelbagai aktiviti ekonomi yang boleh dilakukan melalui atas talian,”.
“Lawatan saya ke lokasi ini bertujuan untuk memantau projek bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur digital di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di negeri Sabah,” Katanya.
Pelan JENDELA dihasilkan untuk memenuhi aspirasi nasional perkhidmatan komunikasi sebagai usaha memperluaskan liputan dan mempertingkat kualiti perkhidmatan jalur lebar secara menyeluruh bagi Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Menurut Arthur, ia termasuk pelaksanaan pelbagai inisiatif bagi mempersiapkan negara untuk beralih kepada teknologi 5G.
Jelas Arthur lagi, sebanyak 781 points of presence (PoP) akan disediakan berhampiran kawasan sekolah bagi ketersambungan perkhidmatan jalur lebar.
“Penyediaan PoP ini akan membolehkan premis kerajaan, kawasan perumahan dan bangunan komersial yang berdekatan mendapat akses kepada perkhidmatan jalur lebar,”.
“Ini akan dapat meningkatkan lebih banyak aktiviti dalam talian di kawasan luar bandar,”.
“Kemudahan ini juga (PoP) akan disediakan di kawasan perindustrian di Sabah iaitu kawasan perindustrian Kastam Baru, kawasan perindustrian Keningau, POIC Sandakan, KKIP Kota Kinabalu, Rancha Rancha Industrial Park, Kiamsam Industrial Park, SEDCO IP Inanam dan POIC Lahad Datu Fasa 1 dan 2,” Katanya.
Arthur yang merupakan Wakil Rakyat Parlimen bagi Pensiangan berkata, penyediaan points of presence (PoP) yang dilaksanakan di bawah peruntukan Kerajaan sedang dalam proses tender secara berperingkat oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Katanya, kerajaan telah melancarkan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia, di bawah agenda MyDIGITAL untuk memastikan pendigitalan dapat direalisasikan di seluruh negara.
“Rangka tindakan ini menyediakan hala tuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berdaya saing di era baharu ini,” jelasnya.
Inisiatif MyDigital adalah penanda aras yang kritikal untuk merealisasikan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dari 2021-2025, seiring dengan usaha menuju Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.
Menurutnya inisiatif merapatkan jurang digital bagi penduduk bandar dan luar bandar serta pedalaman terutamanya di Sabah telah dipergiatkan melalui pelaksanaan Pelan JENDELA dengan peruntukan sebanyak RM3.5 billion untuk negeri Sabah sehingga 2022.
Peruntukan ini melibatkan pembinaan 534 menara baharu 4G, 3,374 stesen pemancar akan dinaik taraf dan 251,165 premis akan disediakan dengan infrastruktur jalur lebar talian tetap.
“Usaha tersebut akan dapat meningkatkan taraf hidup dan ekonomi digital serta mempermudahkan urusan atas talian seperti pembelajaran dan perdagangan,” Tambahnya.
Sehingga 30 Jun 2021 sebanyak 51 menara baharu 4G telah dibina, 1,850 stesen pemancar telah dinaiktaraf serta 60,337 premis telah disediakan dengan infrastruktur jalur lebar talian tetap.
588 total views, 1 views today