Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Menteri lawat mangsa el-nino di Keningau

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri Yahya Husin berada di Keningau pada ketika ini untuk meninjau mangsa-mangsa el-nino, beliau diiringi oleh Wakil Rakyat N. 34 Liawan Datuk Hj. Sairin Karno.

Kawasan terjejas teruk dengan bencana itu ialah penanaman padi sawah, menurut Jabatan Pertanian IMG-20160411-WA0053Daerah Keningau.

Keningau mempunyai keluasan penanaman padi sawah iaitu kira-kira 12,105.75 ekar – daripada juIMG-20160411-WA0059mlah itu seluas 7,315 ekar terlibat dalam musim utama melibatkan seramai 2,465 orang petani, sementara 4,926 ekar lagi diusahakan di luar musim oleh kira-kira 1,620 orang petani.

Bagi penanaman padi bukit seluas 830 ekar diusahakan oleh seramai 415 petani bukit.

Ketika berita ini ditulis, Yang Berhormat Menteri sedang makan tengahari bersama rombongan dan akan bertolak ke ibu negeri lewat petang selepas menemui pengamal media untuk menjelaskan dapatan lawatan singkat itu.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.