Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Bobbey nasihat ketua adat supaya beradab

0

NABAWAN (Sabah, Malaysia): Datuk Bobbey Suan mahu supaya ketua-ketua adat di daerah itu supaya beradap, dan menjadi contoh kepada masyarakat.

“Imej perlu dijaga,” katanya ketika berucap di majlis penyampaian watikah perlantikan ketua-ketua adat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nabawan.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu berkata bahawa ketua-ketua adat mempimpin pelbagai lapisan rakyat, yang diantara mereka dikalangan orang bijak dan tahu menilai tingkah lagu mereka.

Justeru tambahnya, ketua-ketua adat yang merangkumi Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan Ketua Kampung (KK) harus lah sentiasa menunjukkan teladan yang baik dan memperkasakan integriti masing-masing.

Suan berkata bahawa di peringkat akar umbi, ketua-ketua adat berperanan sebagai hakim untuk menyelesaikan masalah rakyat, dan mereka harus lah mempersiapkan diri untuk menimba ilmu yang secukupnya.

Wakil Rakyat Nabawan itu menekankan bahawa ketua-ketua adat harus bersikap adil, bijaksana dan menjalankan fungsi dan tanggungjawab masing masing dengan berlandaskan etika institusi Mahkamah Anak Negeri.

Terdahulu di majlis itu, Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan mencadangkan supaya ketua-ketua adat yang baru mendapat watikah perlantikan agar diberikan kursus yang berkaitan.

Katanya, penghayatan undang-undang perlu diterapkan kepada mereka sebagai panduan untuk menjalankan tugas yang berkesan.

Gan turut menitipkan nasihat kepada seluruh pengamal adat di daerah itu supaya bersifat sebagai pemimpin dan berkomunikasi sebagai pemimpin sebagaimana yang dikehendaki.

Ketua Daerah (KD) Nabawan – OKK Sayau Tangkap dalam ucapannya menekankan bahawa perlantikan ketua-ketua adat melalui syor Wakil Rakyat kawasan, justeru mereka harus memberi sokongan dan menghormati pemimpin itu dengan sepenuhnya.

Tangkap turut menasihatkan ketua-ketua adat di situ supaya sentiasa mematuhi sebarang bentuk arahan Pegawai Daerah, khususnya tugasan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah membabitkan rakyat di kawasan masing-masing.

Menyaksikan majlis itu ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Jubilin Kilan, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Nabawan, Barahim Andipoh, ketua-ketua anak negeri serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat. – Oleh: KALAWON SALANGIT.

 

 

 514 total views,  9 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.