Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Murid sekolah terkepung banjir di Nabawan

0

NABAWAN (Sabah, Malaysia): — Tiga buah kampong di Nabawan terputus hubungan hampir 5 jam pada pagi Jumaat (29 April 2016), berikutan dua jalan utama yang menghubungkan kampung-kampung itu ditengelami banjir.jalan pamuntarian banjir

Berpuluh pelajar sekolah terjejas dan membatalkan persekoahan hari terakhir minggu keempat April ini.

Kakitangan kerajaan yang tinggal di kampong terkepung tidak dapat menunikan rutin harian mereka di pejabat yang terletak di daerah Nabawan.

“Sungai Panawan dan Pamuntirian banjir besar,” dedah seorang penduduk Kg. Loboh – Umbung Ansakoi, dan menambah hujan berpanjangan di daerah itu sejak tengah malam pada Jumaat memuntahkan limpahan banjir yang menengelami kawasan datar di situ.

Kawasan-kawsan terjejas teruk menurut Umbung ialah, Kg. Enam, Loboh dan Mangkulasing.

Di Pamuntarian, ramai pelajar mengalami nasib yang sama berikutan laluan ke pekan Nabawan yang menempatkan bangunan sekolah turut ditengelami banjir.

Menurut Ketua Kampung di situ – Bainkit Ewot, laluan kampong-kampung ditengelami banjir ialah, Uu Mosopoh, Salarom Baru, Nakuyung, Tiang dan Pamuntarian.

Sehingga berita ini ditulis beberapa laluan ke kampong-kampung terbabit masih belum boleh dilalui oleh kenderaan kecil.

Pejabat Daerah Nabawan mengesahkan belum menerima sebarang laporan daripada pihak berkuasa kampung-kampung terjejas mengenai banjir tersebut. – Oleh: KALAWON SALANGIT.

 

 

 987 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.