Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Malaysia Negara terbaik di dunia — William Bennett

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): — Sanggup berhenti kerja semata-mata untuk mencapai impian, begitulah terjadi kepada William Bennett, 26, seorang pengaturcara computer sains yang kini dalam perjalanan mengambara di seluruh dunia dengan menggunakan basikal.DSC_0668

Pemuda Ireland itu tiba di Lawas Sarawak pada Rabu lepas (27 April 2016), dan akan ke Bandar kecil Keningau melalui Sipitang – Tenom, sebelum merentas Nabawan – Kalabakan untuk sampai ke Tawau.

“Kemudian saya akan ke Indonesia, Australia, Amerika Selatan sebelum kembali ke Negara asal,” katanya.

Pengaturcara computer sains itu berasal dari Limeoick Ireland memulakan kayuhan kembaranya sejak Januari 2015 dalam missi menunaikan impiannya sejak kecil untuk menjejakkan kakinya di seluruh dunia.

Beliau seorang pengaturcara computer yang menerima upah ribuan ringgit pada sebelum ini.

“Perjalanan saya cukup mencabar,” bisiknya kepada wartawan dan mendedahkan, beliau dirompak sebanyak tiga kali, menyaksikan wang, passport serta dokumen peribadi yang lain dikebas.

William yang mengakui mengalami tekanan kerana merindui keluarga pada sepanjang pengambaraan, terpaksa meredah hujan lebat, kesejukan serta berkayuh di bawah matahari terik dan seseketika terdapat juga komuniti tempatan yang menyapanya dan melayannya dengan begitu baik, menjadi penawar kepada segala keperitan yang sedang beliau hadapi.

Pengambaraan yang disertai oleh dua lagi rakannya – Mathew Harris, 45 dari Adelaide, Australia serta Clement Thiepel, 25, dari Chamonix Perancis berkongsi pengalaman dengan wartawan mengenai kisah pengambaraannya.

“Saya telah melakukan kayuhan di 32 negara di dunia,” jelas Mathew dan memuji Malaysia sebagai sebuah Negara yang terbaik.

“Banyak perkara baik saya perolehi di Malaysia dan tidak ada di negara-negara yang lain,” tambahnya.

Pengkaji lampu itu memulakan pengambaraannya sejak September 2014 dari Eindhoven, Nerthland.

“Komuniti di sini mesra,” cela Celement – rakan kembara William dan Mathew.

Lulusan kejuruteraan sivil yang baru sahaja menamatkan pengajian itu memberitahu bahawa beliau memulakan pengambaraan dari Ireland, seterusnya ke Jerman, Ukraine, Usbackistan, India, Myanmar, Thailand, Indonesia dan kini berada di Malaysia (Sabah dan Sarawak).

Katanya, mengambara melatih seseorang itu untuk untuk menjadi seorang manusia yang lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

“Apa yang penting di sini ialah tidak ada sesuatu di dunia yang boleh diperolehi tanpa susah payah,” katanya. – Oleh: KALAWON SALANGIT.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.