Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Tidak ada ruang calon Bebas dalam BN — PM

0

MIRI (Sarawak, Malaysia): — Calon Bebas tidak akan diterima untuk menganggotai BN, tegas Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Berucap dihadapan ribuan penduduk tempatan di Sibuti, Bekenu, Najib berkata tidak ada alasan untuk menerima calon Bebas sekalipun mereka menang (calon Bebas) pada PRN-11.30042016 - pm najib-1

“Calon Bebas tidak boleh berbuat apa-apa jika mereka menang sekalipun,” jelasnya dan menambah, rakyat di Bekenu dan Lambir perlu bersatu, bijak dan menggunakan kuasa undi mereka untuk memastikan calon BN di kedua-dua kawasan itu – Rosey Yunus,  calon langsung BN di Bekenu dan Ripin Lamat, calon BN di Lambir menang dengan majoriti yang besar.

Rosey yang merupakan penyandang kerusi di kawasan itu ditentang oleh calon PKR dan dua calon Bebas, sementara dua calon pembangkang – PAS dan PKR menentang Ripin di DUN Lambir.

Menurut Najib, pembangkang hanya mampu untuk menabur janji dan bijak mengapi-apikan hati rakyat, tetapi tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menunaikan janji mereka.

Di majlis itu Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM94.8 juta bagi menyalurkan bekalan air di DUN Bekenu, yang dijangka akan bermula selepas pertengahan tahun 2016, bagi memberi faedah kepada beberapa kampung termasuk Kg. Niah dan Mandau.

Sejumlah RM1.5 juta lagi diluluskan masing-masing untuk membina Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi Zon Bekenu dan Zon Lambir.

Ketika di situ, ketua negara Malaysia itu turut merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sibuti yang merupakan RTC kedua di negeri Sarawak selepas RTC Betong. – Oleh: DG HENRY.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.