Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Nahas pesawat: Enam penumpang, dua kru termasuk exco Pahang maut

0

SHAH ALAM: Sekurang-kurangnya 10 mangsa termasuk seorang Exco kerajaan Pahang terkorban dalam nahas pesawat sewa khas yang terhempas berhampiran  Persiaran Elmina susur Lebuhraya Guthrie, di sini, pada Khamis.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Sharkar Shamsudin mengesahkan, exco negeri yang maut Johari Harun.

Mangsa yang lain, enam penumpang, dua anak kapal dan dua penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan melalui jalan tersebut dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu.

Pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi, Kedah pada pukul 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan pada pukul 2.40 petang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, maklumat awal polis mendapati pesawat tersebut terhempas pada 2.49 petang iaitu kira-kira dua minit sebelum ia sepatutnya mendarat di Subang.

“Bagaimanapun, dua minit sebelum mendarat pesawat itu tiba-tiba terputus hubungan sebelum dipercayai terhempas ke lokasi kejadian dan melanggar sebuah kereta dan motosikal

“Kita sedang kenal pasti kesemua mangsa ketika ini dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat dan pengecaman,” katanya dalam sidang akhbar.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.