KENINGAU (Sabah, Malaysia): Pusat Zakat Sabah Cawangan Keningau mendapati masih ramai peniaga Islam di daerah-daerah Pedalaman Atas tidak melunaskan zakat perniagaan mereka.
“Kita mempunyai fakta mengenainya,” dedah Penyelaras zakat bahagian Pedalaman Atas, Nurul Farhan Osman, 30, (Gambar), dan menambah kefahaman membayar zakat perniagaan di sini masih ditahap rendah.
Farhan berkata bahawa senerio itu berlaku disebabkan golongan peniaga kurang memahami dengan sepenuhnya mengenai konsep membayar zakat perniagaan.
Katanya, terdapat golongan itu membayar zakat perniagaan tetapi bukan kepada institusi zakat, tetapi membayar terus kepada asnaf atau kepada organisasi tertentu.
Terdapat lapan asnaf penerima zakat, ia itu Fakir Miskin, Miskin, Muaalaf, Al-Gharimin, Fisabillah, Ibnu Sabil, Al Riqab dan Amil.
Justeru jelas Farhan, zakat yang disalurkan diluar institusi yang dibenarkan tidak menepati rukun Islam yang ketiga.
Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa adalah berdosa jika zakat dibayar bukan kepada saluran rasmi.
Pegawai itu tidak menolak satu tanggapan bahawa masih terdapat dikalangan ahli perniagaan yang melihat pusat zakat daripada sudut nagetif.
“Sesetengah mereka beranggapan membayar zakat perniagaan sebagai membebankan,” jelasnya.
Beliau memberitahu bahawa Pusat Zakat Cawangan Keningau akan mengadakan pelbagai aktiviti, yang pengisiannya mengenai kewajibapan seorang Islam membayar zakat perniagaan dan pendapatan.
Katanya, hasil daripada aktiviti itu pungutan zakat di daerah itu semakin meningkat pada setiap bulan sejak cawangan itu dikembangkan di daerah itu seawal tahun 2016.
“Ia sangat berkesan,” tambah Ketua Pejabat Pusat Zakat Sabah bagi Keningau – Mohd Al-Danish Bin Hatta.
Danish yang optimis bahawa daerah Keningau boleh menyumbangkan pungutan zakat yang tinggi pada masa hadapan berkata, pihaknya akan memperkasakan usaha untuk meningkatkan kesederan dikalangan masyarakat Islam mengenai kewajipan membayar zakat perniagaan.
“Saya sangat yakin dengan usaha ini,” katanya kepada Borneo Digest dalam satu waancara di Keningau pada Rabu (20 April 2016) – Oleh: DG HENRY.