Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Najis manusia hasilkan tenaga elektrik

0

SEPASUKAN penyelidik di Bristol membangunkan sel bahan api tenaga bersih baharu yang boleh mengubah najis manusia kepada tenaga elektrik.

Lapor Daily Star, penyelidik juga berharap ia dapat digunakan bagi menjana elektrik di rumah suatu hari nanti.

Projek ‘kuasa buang air kecil’ kali pertama diuji cuba secara terbuka di Festival Glastonbury dua tahun lalu, apabila saintis membuktikan tandas boleh menjana aliran elektrik yang stabil.

Setakat ini, ia digunakan untuk menghidupkan telefon, mentol lampu dan robot.

Pengarah Bristol Bioenergy Centre, Dr. Loannis Leropoulos berkata, aliran air kencing daripada individu yang membuang air kecil selama lima hari festival berlangsung membolehkan pihaknya menjana tenaga elektrik 300 watt-sejam.

“Bagi meletakkan dalam perspektif, saya boleh menghidupkan satu mentol lampu satu watt selama 300 jam, atau 10 mentol selama 30 jam.

“Ciptaan ini berdasarkan sel bahan api mikrob. Blok seperti bateri ini dipenuhi dengan koloni makhluk hidup kecil yang dipanggil mikrob.

“Mikrob memakan bahan organik yang terdiri daripada rumput hingga keratan kuku untuk membesar. Mikrob memecahkan bahan tersebut kepada bahagian kimia dan apabila membiak, ia akan menjana elektrik serta air sisa bersih yang boleh digunakan sebagai baja,” katanya.

Teknologi ini dibangunkan apabila pakar itu dan pasukannya membina robot yang boleh memakan lalat mati.

Selepas membuktikan sisa organik boleh menghidupkan bateri robot, pasukan itu menukar sumber tenaga tersebut kepada najis manusia.

 

 

 

 107 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.