Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Nasi Dusun

2

Oleh ROSANNA EDEZA

LINOPOT ialah istilah bagi nasi yang digaul dengan ubi manis  atau nasi biasa yang dibungkus dengan daun pokok wangian atau Longkobung menjadi juadah berbuka puasa pilihan magi etnik Dusun asli di Keningau.

Linopot juga dikenali dikalangan etnik ini sebagai Nasi Dusun, makanan turun-temurun yang yang masih digemari di daerah Keningau sehingga kini.

Linopot sangat sinonim dengan etnik Dusun sehinggakan pakar makanan di sebahagian dunia mengiktiraf makanan itu setanding dengan makanan tradisi yang sangat berkualiti.

Disebalik kehebatan linopot, amat sedikit yang mengetahui rashia  keenakan nasi bungkus itu yang sebenarnya dipengaruhi aroma daun pokok wangian atau Longkobung dalam bahasa tempatan.

Di Keningau linopot merupakan pilihan juadah bersungkai (berbuka) puasa yang sangat terkenal.  Resepi pembikinan Nasi Dusun boleh dipelajari melalui artikel yang akan datang.

Loading

2 Comments
  1. Etuza says

    Terbaik, perkongsian yang sangat tepat

    1. Borneo Digest says

      Terima kasih kerana membaca Borneo Digest, kami sangat mengalu-alukan ulasan dan reaksi pembaca dan jika boleh bersama menyumbang bahan-bahan untuk bacaan pembaca di seluruh dunia, jika Tuan berminat boleh menghubungi EDITOR in CHIEF melalui talian 0128595518.

Leave A Reply

Your email address will not be published.