Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Mahkamah Anak Negeri tapis peserta Unduk Ngadau Nabawan

0

NABAWAN (Sabah, Malaysia): — Nabawan satu-satunya daerah di negeri Sabah yang melibatkan Mahkamah Anak Negeri (MAN) untuk menapis peserta Unduk Ngadau.

“Unik dan benar,” dedah pengerusi pertandingan unduk ngadau kaamatan Nabawan – Theresa Agas.

Pertandingan yang akan dilangsungkan pada 21 Mei ini, menyaksikan 11 peserta  telah melepasi pengesahan status.

Peserta-peserta tersebut terdiri daripada Janevic Pinus, Rica Natalia Richard, Shirley Justin, Alduina J Agus, Norlley Enik, Masliah Angkawot, Norfainie Diwalang, Shuzanne Ernie Ledion, Sharon QC Jonim dan Josantie Ani.

“Kesemua mereka disahkan bujang dan akan berentap untuk merebut gelaran Unduk Ngadau Kaamatan Nabawan yang akan mewakili daerah itu ke pertandingan peringkat negeri,” jelas Theresa.

OKK Sayau Tangkap yang mengetuai pengesahan status itu memuji jawatankuasa penganjur kerana melakukan sesuatu kelainan untuk memilih peserta, apa yang beliau sifatkan satu perubahan positif yang perlu dicontohi.

“Ia menjurus kepada kebaikan kepada peserta dan semua pihak,” katanya.

Menyaksikan proses pengesahan status itu ialah Ratu Unduk Ngadau Kaamatan Nabawan 2015 – Jivet John. – Oleh: KALAWON SALANGIT.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.