Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pastikan keharmonian kaum terjaga – Dr. Daud

0

BONGAWAN (Sabah, Malaysia) : Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Dr. Daud Yusof berkata, tugas mendesak bagi rakyat di negara ini ialah untuk memastikan keharmonian kaum dan agama terus terpelihara.

Dr. Daud menympaikan amanat perasmian

Katanya, perpaduan yang sebenar tidak mengenal fahaman politik, etnik serta amalan kepercayaan.

“Nilai ini hanya boleh dicapai jika semua pihak menolak sebarang bentuk kekerasan yang boleh meruntuhkan keharmonian antara kaum dan bangsa,”

“Pesanan yang ingin saya sampaikan di sini ialah, rakyat perlu hidup bersatu padu tanpa sebarang kesangsian dalam kepelbagaian fahaman,” Katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Program Berkhatan Perdana 144H/2019M di sini, hari ini.

Sebahagian kanak-kanak terlibat berkhatan

Seramai 58 kanak-kanak di daerah itu menyertai program anjuran bersama Unit Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bongawan, Parti Warisan Bahagian Kimanis, Pusat Zakat Sabah serta Badan Masjid Imam Abdullah Kampung Berunai Kimanis.

Daud yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bongawan berkata, penting bagi semua rakyat di negeri ini dan Bongawan khususnya bersikap sederhana dan patriotik untuk terus memperjuangkan usaha membentuk bangsa yang bersatu padu.

“Setiap rakyat berhak untuk mencapai sesuatu impian dengan selesa jika negara ini harmoni dan jika perpaduan dikalangan rakyat kukuh,” Katanya.

Mengenai program berkhatan itu, Daud memuji penganjur kerana melakukan sesuatu yang terpuji untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di kawasan itu.

Wakil Rakyat itu mahu supaya aktiviti kreatif seumpama itu diteruskan dengan mengambilkira segala keutamaan yang diperlukan oleh rakyat di kawasan itu.

Beliau turut menasihatkan pelajar-pelajar sekolah di kawasan itu agar berusaha gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran tanpa mengenepikan aktiviti yang memberi menafaat kepada mereka khususnya dalam bidang kokurikulum.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.