Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Satu lagi kebakaran di Kg. Tanjung Aru Baru

Melibatkan 23 buah rumah, kejadian ketiga dalam Tahun 2021

0
RANAP, keseluruhan sebanyak 23 buah rumah di Kampung Tanjung Aru Baru terbakar

SATU lagi kebakaran melibatkan 23  buah rumah jenis tidak kekal di Kampung Tanjung Aru Baru (Sabah, Malaysia), merupakan kejadian ketiga selepas insiden yang sama di perkampungan sesak itu beberapa minggu yang lalu.

Kebakaran yang berlaku pada pukul 4.32 pagi subauh pada Ahad meranapkan rumah yang dibina diatas air itu.

25 Julai 2021 lalu sebanyak 33 buah rumah musnah manakalan 10 buah pada 6 Julai lepas.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran itu melalui talian Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999).

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digegaskan ke tempat kejadian sejauh tiga kilometer itu dengan dibantu anggota BBP Penampang. Bomba mengalami kesukaran ke lokasi kejadian disebabkan laluan jalan yang sempit,” menurut kenyataan itu.

Kebakaran itu turut memusnahkan lima kereta dan enam motosikal namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Operasi pemadaman tamat pada pukul 8.03 pagi manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat, menurut kenyataan itu.

 516 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.