Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Rakyat pedalaman puji agihan komputer kepada pelajar — Hj Yazid

0

CADANGAN agihan computer riba kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor disifatkan oleh rakyat di negeri bayu itu satu keputusan yang terpuji.

“Menunjukkan Ketua Menteri Sabah benar-benar memahami keperluan anak bangsanya,” Kata Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Dan Kebajikan Etnik KUJAU Gana NABAI (KGNS) Haji Yazid Mohd Hasnan Tawik @ Charles.

Ketua Menteri Sabah pada minggu lalu mengumumkan agihan sebanyak 10,000 buah Komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) kepada pelajar Tingkatan 5 dan  di negeri itu.

Yazid berkata, pemberian itu satu inisiatif kerajaan dalam membantu pelajar-pelajar untuk meneruskan pelajaran sepanjang memerangi pandemic Covid-19.

Yazid bagaimanapun mencadangkan supaya insentif itu (agihan computer riba) diperluaskan secara holistic kepada murid sekolah rendah dalam usaha memastikan pengagihan kemudahan itu benar-benar menepati sasaran.

Beliau turut mencadangkan supaya kerajaan memberi keutamaan kepada murid dan pelajar luar bandar.

“Jangan rujuk e-kasih sebagai mekanisma penyaluran agihan .. sebahagian besar murid dan pelajar luar bandar dikalangan orang susah dan bukan semua berdaftar dengan e-kasih,” Katanya. – Oleh: ROSANNA EDEZA.

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.