Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pemandu tidak beri maklumat tepat kepada LPKP Sabah – Chin

0

PENGERUSI Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah Datuk Chin Kim Hiung mengakui bahawa pihaknya gagal  untuk menyalurkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) kepada seramai 204 pemandu teksi dan kereta sewa di negeri ini disebabkan sebahagian besar maklumat yang diberikan kepada agensi itu tidak tepat.

Katanya, LPKP telah memproses penyaluran bayaran bantuan GKP sebanyak RM 1,000 ke 1,910 akaun pemohon yang layak, tetapi terdapat 204 akaun lagi yang tidak dapat dikreditkan pihak bank disebabkan butiran yang dikemukakan oleh mereka tidak tepat.

Difahamkan transaksi tidak dapat dilaksanakan kerana nombor akaun tidak dijumpai, nombor akaun telah ditutup, nama bank pemilik akaun dan nombor Mykad yang diberikan tidak sama dengan nombor Mykad pemilik akaun bank, kata Chin.

Pemandu teksi dan kereta sewa yang layak namun masih belum menerima bantuan tersebut boleh menyemak e-mel mereka atau senarai nama yang dilampirkan di FB LPKP Sabah, tambah beliau. Mereka yang tersenarai dimohon untuk mengemukakan semula maklumat dan melampirkan dokumen sokongan bagi tujuan pelaksanaan pembayaran bantuan ke e-mel prihatin@lpkpsabah.gov.my , kata Chin.

Chin berkata dokumen berkenaan adalah seperti berikut – lampiran Mykad, lampiran penyata bank yang menunjukkan nama bank, pemilik akaun dan nombor akaun yang jelas.

Pemohon-pemohon dianggap tidak berminat untuk menerima bantuan ini sekiranya LPKP Sabah tidak menerima sebarang maklum balas pada 22 Jun 2021 (Selasa) jam 10.00 pagi dan sebarang rayuan selepas itu tidak akan diterima, katanya lagi. – Oleh: ABANG JOE

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.