Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Yazid sokong cadangan peberian vaksin petugas rumah ibadah

0

SARANAN Menteri Tugas Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Ariffin Arif yang mahu supaya petugas rumah ibadat khususnya Imam, Bilal dan pegawai masjid (Jawatankuasa) diberi keutamaan dalam pemberin vaksin mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Kami menyokong penuh dengan cadangan ini,” Kata Ketua Biro Agama Islam Dewan Undangan Negri (DUN) Bingkor, Haji Yazid Mohd Hasnan Tawik @ Charles.

Yazid berkata, keutamaan juga sebaiknya melibatkan kepada semua petugas rumah ibadat daripada pelbagai agama di negeri ini.

Beberapa minggu yang lalu, Ariffin dipetik sebagai berkata sebagaimana yang diterbitkan oleh media tempatan bahawa petugas masjid merupakan kumpulan barisan hadapan.

“Saya akan membawa cadangan untuk memohon agar Imam, Bilal dan jawatankuasa measjid serta surau diberikan keutamaan dalam pemberian vaksin,” Kata Ariffin.

Yazid berkata, situasi masa kini sangat membimbangkan ekoran penularan COVID-19 yang begitu drastik.

“Virus ini (Covid-19) berada dipersekitaran kita, justeru langkah pengawalan perlu dilakukan dengan drastik ..pemberian dos vaksin sebagai contoh, keutamaan perlu kepada mereka di barisan hadapan,” Jelas Yazid.

Beliau turut meminta supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil kira cadangan itu dalam sudut kebaikan yang lebih berkesan.

 218 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.