
KESEMPTAN mengumpul wang sepanjang perlaksanaan Perinth Kawalan Pergerakan (PKR_ yag kini masuk ke tahun kedua, bukan halangan kepada sekumpulan penghantar makanan di sekitar daerah Keningau untuk mengagihkan bungkusan makanan kepada Rumah Kanak-Kanak Tondulu Makanan.

Rik Olsen Jeffry yang mengetuai missi kemanusiaan ke rumah anak-anak yatim itu berkata, mereka sanggup asingkan 15 peratus daripada pendapatan harian selama seminggu untuk mengumpul wang untuk membeli barang-barang makanan untuk anak-anak yatim di pusat itu.
Menarik dalam missi ini ialah kesemua penghantar makanan itu rata-rata berumur awal 20an dan dikalangan anak tempatan berbilang anutan agama.
“Kami menghantar bungkusan makanan asas, seperti beras dan sedikit wang tunai,” Katanya kepada The Borneo Digest dan menambah, mereka sedar bahawa sumbangan itu terlalu kecil namun percaya ia dapat meringankan tanggungan pusat itu dalam tempoh tertentu.
Rik berkata, pengalaman sebagai anak-anak kampung yang sentiasa susah memberi kesedaran kepada beliau dan rakan-rakan untuk bersedekah.
“Hanya ini yang termampu kami lakukan,” Katanya, dan menambah dunia ini aman jika semua manusia memiliki nilai kasih sayang sesame sendiri.
Seluruh rakyat Keningau memuji tindakan anak-anak muda ini dan mengharapkan menjadi contoh kepada masyarakat lain yang terlibat dalam industri tersebut.
“Tahniah diucapkan kepada anak-anak muda berjiwa besar dan mulia ini,” Jelas seorang veteran politik yang dihubungi untuk mendapatkan reaksi.
Sumbangan ikhlas anak-anak muda ini diterima oleh Sister Garmaine. – Oleh: EKOK AMIN dan ROSANNA EDEZA