Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Abby juara sugandoi Nabawan

0

NABAWAN (Sabah, Malaysia): — Abby Suhaivey Abir pulang bergaya selepas dinobatkan juara sugandoi Kaamatan Nabawan, sekaligus diamanahkan mengalas missi ke peringkat negeri yang akan berlangsung pada hujung bulan ini di Hongkod Koisaan Penampang.

Abby membawa pulang RM400 sebagai hadiah johan, disamping RM300 lagi sebagai wang saku perjalanan serta sekeping sijil.

Abby berasal dari Kg, Malampoi Nabawan.

Naib juara dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Jordan Jubilin dari Kg. Malinja dan Dianah Kinit mewakili Klinik Desa Pandiwan.

Penyanyi popular dianugerahkan kepada Molly Sikin dari Kg. Sinsingon Sepulut.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan – Jubilin Kilan, yang mewakili Wakil Rakyat Nabawan Datuk Bobbey A. Suan. – Oleh: KALAWON SALANGIT.

 

 

 767 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.