CALANG-calang orang bukan mudah mematahkan pandangannya, dia sorang pemikir, penganalisa politik dan seorang penulis sajak era 80an. Koleksi karyanya sentiasa dibimbit; ‘semuanya dalam rekod telefon bimbit’, yang boleh diakses dimana-mana.
“Saya akan berkarya sehingga umur hayat”, Suhaimi Kasiman memberitahu penulis dalam satu pertemuan pada Ahad.
Suhaimi merupakan pesara pendidik dengan jawatan terakhirnya Guru Besar di Sk Binuou Sook. Sajak Pensiangan yang beliau hasilkan pada tahun 2018 dihasilkan sebagai terjemahan pengamatannya terhadap pergolakan politik Pensiangan selepas runtuhnya kerajaan Barisan Nasional.
PENSIANGAN 1
Selamat pagi pensiangan
Kopisanangan dongasuab
Onsoi dongasuab
Mata hari masih bersinar
Udara masih percuma
Perjuangan masih menanti
Apa khabar hulubelang semua
Keris masih didadamu
Amanah masih kou pegang
Selamat pagi pensiangan
Roh perjuangan suci
Tak akan terkubur
Kerana terbukti kini
Hulu belang masih disini
Ayuh bangun
Ayuh bangkit
Biar cercaan menular
Yakin anda tak ternoda
Rapatkan saf
Susunkan kerja
Tanpa basa basi
Tanpa takut
Ini negara demokrasi
Negara berdaulat
Pensiangan bangunlah
Bersatulah dengan tulus
Demi anak cucu
Tidak merempat dinegeri sendiri
Pejamkan matamu
Tarik nafas yg dalam
Hembuskan keperitan
Buka matamu
Lihat mentari masih bersinar
Tandanya perjuangan suci
Perlu digalas
Tanpa beralasan
Selamat berjuang
Bersetia bersatu berkhidmat
suhaimi
30.06.18
Biah keningau