PEMBANTU Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Flovia Ng berkata, beliau komited dalam memastikan golongan yang memerlukan mendapat perhatian sewajarnya.
Katanya, beliau menyantuni semua orang tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.
“Rakyat sentiasa di hati saya,” Katanya dan memberitahu, ziarah kepada rakyat sebagai contoh adalah rutin kerjanya untuk memberi rangsangan dan semangat kepada rakyat.
Pada Isnin, Flovia yang merupakan Wakil Rakyat Tulid menyantuni seorang mantan Ahli Jawatankuasa Exco Wiranita parti Star Sabah Puan Andib Andios yang sedang uzur di Kg. Durok.
Mengiringi Flovia yang juga Ketua Exco Wiranita parti Star negeri ialah, Ketua Wiranita Liawan Puan Heldawaty Juhasin dan pimpinan Wiranita Sook Puan Rashna Angin dan Puan Supina Lawi.