Oleh EKOK AMIN

TIGA keping lukisan hasil karya Chegu Ejose Flavian Siarus – sekeping lakaran abstrak kuntum bunga, Archa mengambarkan dua orang wanita menumbuk padi dan sekeping mengambarkan sebuah rumah tradisi penduduk tempatan Sabah.

Ketiga-tiga hasil karya itu dicetuskan melalui pengamatan pelukis, sama ada berlaku melalui pengamatan, pengalaman peribadi atau ilusi .
Pelukis adalah manusia ‘terpilih’ yang diberikan kelebihan untuk mencatatkan kejadian atau peristiwa melalui penyampaian mereka diatas media catan.
Justeru, hanya Chegu Ejose yang benar-benar menyelami disebalik penghasilan ketiga-tiga hasil karya lukisan itu yang kini masing-masing berusia 50 tahun, dan kini dipelihara dengan baik oleh saudaranya di Kg. Labak, Keningau (Sabah, Malaysia).
Chegu Ejose merupakan lulusan Maktab Gaya Sabah, pernah mengajar di beberapa sekolah sebelum dipindahkan di Maktab Kent Tuaran sebagai Pensyarah.
Beliau berasal di Keningau dan berpindah halaman ke daerah Tuaran selepas bersara daripada perkhidmatan.
![]()