Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Penyakit X lebih berbahaya daripada Covid-19, berisiko ragut 50 juta nyawa

0

LONDON: Pakar kesihatan global menyuarakan kebimbangan penduduk memandang ringan Covid-19, dengan ancaman pandemik besar yang seterusnya semakin menghampiri.

Malah, kumpulan pakar kesihatan itu juga percaya pandemik berkenan berpotensi meragut sehingga 50 juta nyawa.

Digelar sebagai penyakit X oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ia dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Ia mungkin tercetus daripada jutaan virus yang belum dikesan dan boleh menjadi 20 kali lebih berbahaya berbanding koronavirus yang mengakibatkan 2.5 juta kematian,” jelas laporan The Mirror.

Menurut pakar, pandemik seterusnya mungkin sama dengan tahap selesema Sepanyol, ketika vaksin dinyatakan oleh WHO perlu disediakan dan diagihkan secara segera untuk menangani penyakit itu.

Tambahnya, impaknya mungkin jauh lebih besar berbanding Covid-19 selepas dunia berada pada situasi ‘tidak bersedia’ ketika menghadapi jangkitan terbabit pada awal 2020.

Kate Bingham yang pernah mempengerusikan Pasukan Petugas Vaksin Britain antara Mei dan Disember tahun lalu menggesa penduduk supaya tidak leka hanya kerana Covid-19 kini dianggap sebagai penyakit rutin.

“Pandemik selesema tahun 1918-19 sudah membunuh sekurang-kurangnya 50 juta orang di seluruh dunia, iaitu dua kali lebih ramai daripada yang terkorban dalam Perang Dunia Pertama.

“Jadi, ketika ini, kita boleh menjangkakan angka kematian serupa akibat salah satu daripada banyak virus yang sudah wujud,” katanya.

Menurut beliau, saintis pada masa ini sudah mengenal pasti 25 keluarga virus yang berpotensi untuk berkembang menjadi pandemik.

Selain itu, katanya, dianggarkan terdapat kira-kira sejuta lagi virus yang masih terdapat di luar sana dan boleh melompat dari satu spesies ke spesies lain dan berupaya membunuh jutaan manusia.

“Bayangkan jika penyakit X berjangkit dengan kadar kematian seperti Ebola (67 peratus).

“Di bahagian lain di dunia, ia kemudiannya mereplika dan lambat-laun ada individu akan jatuh sakit,” katanya.

 

 523 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.