Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Percaturan ekonomi dunia telah berubah — Datuk Kamarlin Ombi

0

TENOM (Sabah, Malaysia): — Datuk Kamarlin Ombi berkata, pekerja di negeri ini perlu bersikap kreatif untuk menghadapi cabaran era globalisasi, kerana menurut beliau persekitaran dan percaturan ekonomi dunia telah berubah, yang secara langsungnya memberi impak kepada golongan pekerja.received_1325804577446716

‘The global economic landscape has changed in very significant ways,” jelasnya dalam perutusan Hari Pekerja 2016.

Justeru beliau mengajak golongan pekerja di negeri ini agar sentiasa bersaing untuk mempersembahkan mutu kerja yang yang semaksimanya, dalam masa yang sama kreatif untuk meningkatkan sumber pendapatan dengan tidak terlalu bergantung kepada satu punca.

Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah itu berkata, pada era globalisasi hanya dikalangan pekerja yang bersikap kreatif yang mampu bersaing dipentas dunia yang penuh cabaran.

Wakil Rakyat Lumadan itu juga mengajak rakyat di kawasannya agar terus bersatu untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pemimpin mereka serta kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak. – Oleh: DG HENRY.

 514 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.