Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Perlu perundingan inklusif lantikan akar umbi – Jamil

0

SELAKU Ketua Bahagian UPKO Kota Marudu, saya merasa terpanggil untuk membuat kenyataan terbuka berkaitan isu penamatan perkhidmatan ketua-ketua adat yang tular meluas di alam maya.

Minggu ini saya dihujani panggilan telefon bertanyakan hal ini termasuklah berkenaan soal proses lantikan semua.

Saya sedang mendapatkan kesahihan berita yang tular tersebut. Saya juga mendapati rakan-rakan daripada parti lain sedang berlumba-lumba untuk berinisiatif mencadangkan nama-nama yang disyorkan oleh pemimpin parti masing-masing.

Dalam konteks kawasan Parlimen Kota Marudu, terdapat tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu N5 Matunggung, N6 Bandau dan N7 Tandek, yang masing-masing diwakili oleh Wakil Rakyat dari PBS dan PKDM. Selain daripada itu, kawasan DUN berkenaan turut didominasi oleh beberapa Parti-parti lain yang menyokong Kerajaan Negeri dan juga diperingkat Persekutuan.

Seandainya tanpa permuafakatan diantara pemimpin-pemimpin parti diperingkat kawasan masing-masing, sudah tentu akan mengakibatkan persaingan yang kurang sihat.

Oleh yang demikian saya ingin menarik perhatian pihak berwajib agar mengambil langkah-langkah wajar termasuklah dengan memanggil pemimpin-pemimpin parti untuk berunding secara inklusif.

Adalah Amat wajar mekanisma yang telah dipersetujui iaitu formula 60:40 dilaksanakan sebagai panduan untuk menyelasaikan perkara ini. Formula ini sangat mudah contohnya kawasan DUN Tandek diwakili oleh Wakil Rakyat PBS, 60% lantikan Ketua-ketua adat diurus oleh PBS manakala 40% dibahagikan kepada rakan-rakan parti lain yang turut sama menyokong Kerajaan hari ini.

Ada juga rakan-rakan lain yang mencadangkan agar pemilihan ketua-ketua adat dibuat melalui undian diperingkat kampung masing-masing.

Saya mengharapkan agar ada perundingan secara inklusif dan sudah tentu selaku Ketua Bahagian UPKO Kota Marudu, saya bersama rakan-rakan lain menawarkan pemimpin-pemimpin kami diperingkat akar umbi untuk turut memberikan khidmat cemerlang apabila berpeluang dilantik kelak.

Dalam kesempatan ini juga saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan YB DSP Masidi Manjun yang ada menyebut perihal pelaksanaan dasar perkongsian kuasa dikalangan parti-parti penyokong Kerajaan, seakan-akan tidak relevan untuk dilaksanakan buat masa ini dengan mengandaikan perkara ini hanya boleh dilaksanakan selepas Pilihanraya Negeri. Saya tertanya-tanya apakah ini satu petanda awal Kerajaan Negeri pimpinan GRS akan dibubarkan lebih awal.- Oleh: JAMIL MAJINGKIN (Ketua Bahagian UPKO Kota Marudu dan Ahli Majlis Tertinggi UPKO Malaysia).

 

 409 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.