Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

PERNAS salur pembiayaan RM500,000 kepada Robert T 1994

0

KOTA KINABALU: Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) menyalurkan pembiayaan sejumlah RM500,000 kepada Robert T 1994, jenama cermin mata usahawan tempatan Borneo.

EWON

PERNAS merupakan salah sebuah agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), yang mana menterinya  Datuk Ewon Benedick.

“Pembiayaan itu adalah untuk membantu Robert T 1994 mengembangkan  premis mereka di seluruh Sabah.

“Saya berharap syarikat ini terus berkembang pesat seperti usahawan-usahawan francais yang lain,” Kata Menteri itu kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Cabutan Bertuah Robert.T 1994, di Suria Sabah Shopping Mall, di sini, Ahad.

Ewon berkata, pembiayaan RM500,000 itu juga motivasi dan inspirasi kepada usahawan-usahawan lain di seluruh negara agar turut sama mengambil bahagian dalam sektor keusahawanan.

“KUSKOP dan agensi-agensi seperti PERNAS terus menawarkan perkhidmatan dan pembiayaan yang bersesuaian dan diperlukan oleh usahawan agar dapat menyumbang kepada ekonomi negara kita seterusnya menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia,” jelasnya.

Ewon yang merupakan Wakil Rakyat Parlimen Penampang berkata, bagi tahun ini, PERNAS akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah (MIDE) dan agensi keusahawanan di Sabah seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), Sabah Economic Development & Investment Authority (SEDIA) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) bagi membimbing usahawan-usahawan Sabah dalam program Program Pemerkasaan Usahawan Sabah (PUSH).

“Ini adalah sebahagian daripada Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara di KUSKOP iaitu memperkenalkan skim-skim dan inisiatif-inisiatif baharu khususnya untuk ushawan di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Ewon berkata, sebagai rakan pimpinan daripada Sabah, beliau mahu memberikan fokus kepada inisiatif-inisiatif yang memberi manfaat kepada pembangunan keusahawanan Sabah.

“Saya tidak akan menyentuh perkara lain selain fokus saya bekerja.

“Saya juga akan memulakan mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemantauan projek sakit di Sabah .. Sekitar 400 projek persekutuan yang lewat, belum mula atau projek sakit.

“Saya mahu menumpukan tenaga saya untuk menjadi sebahagian daripada pemantauan dan penyelesaian ini.

“Soal politik, ada masanya kita bincang, yang penting mandat dan tanggungjawab telah diberi dan saya mahu laksanakan,” katanya.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.