KOTA KINABALU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Ewon Benedick menegaskan bahawa beliau akan menafaatkan masa dengan sepenuhnya bekerja untuk rakyat dan tidak akan menyentuh soal politik pada ketika ini.
“Soal politik, ada masanya kita bincang, yang penting mandat dan tanggungjawab yang telah diberi dan saya mahu laksanakan,” katanya kepada pengamal media selepas merasmikan Majlis Cabutan Bertuah Robert.T 1994, di Suria Sabah Shopping Mall, di sini, Ahad.
Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi Malaysia itu berkata, sebagai rakan pimpinan daripada Sabah, beliau mahu memberikan fokus kepada inisiatif-inisiatif yang memberi manfaat kepada pembangunan keusahawanan Sabah.
“Saya tidak akan menyentuh perkara lain selain fokus saya bekerja.
“Saya juga akan memulakan mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemantauan projek sakit di Sabah .. Sekitar 400 projek persekutuan yang lewat, belum mula atau projek sakit.
“Saya mahu menumpukan tenaga saya untuk menjadi sebahagian daripada pemantauan dan penyelesaian ini,” Katanya.