Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pesawat F/A-18D Hornet TUDM terbabit kemalangan di Kuantan, dua anggota selamat

0

KUANTAN, 22 Ogos – Sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbabit dalam kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan malam ini, namun kedua-dua anggota yang berada dalam pesawat itu disahkan selamat dan kini menerima rawatan.

TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan insiden berlaku pada jam 9:05 malam di landasan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah.

“Dua anak kapal yang terlibat dalam kemalangan telah disahkan selamat dan sedang menerima rawatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Rakaman video yang tular di media sosial sebelum ini menunjukkan letupan dan percikan api di kawasan pangkalan udara tersebut. Pihak berkuasa bagaimanapun masih menjalankan siasatan terperinci mengenai punca kejadian.

Pesawat F/A-18D Hornet merupakan antara aset utama TUDM untuk operasi pertahanan udara, rondaan maritim dan latihan kombatan. Malaysia mula mengoperasikan varian pesawat tersebut sejak akhir 1990-an.

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.