
KENINGAU Sabah, Malaysia): — Pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengenai perlaksanaan projek Leburaya Pan Borneo pada Ahad (24 April 2016) disambut positif oleh rakyat di kawasan pedalaman, apa yang mereka sifatkan sebagai hadiah yang sangat bernilai tinggi.
“Ini menunjukkan kerajaan pusat benar-benar ikhlas kepada rakyat negeri ini,” jelas mantan Wakil Rakyat Nabawan – Ulin Datuk Pamiang.
Ulin berkata, pakej Pan Borneo yang melibatkan jalan Kimanis – Keningau memberi menafaat besar kepada seluruh rakyat di kawasan pedalaman, khususnya menyediakan akses jalan darat yang baik selain memendekkan masa perjalanan.
Katanya, dengan perlaksanaan Pan Borneo Sabah mampu memberi pulangan besar kepada rakyat dan negeri, dalam usaha merancakkan pembangunan sosio ekonomi penduduk di kawasan itu.
“Rakyat harus mensyukuri pembangunan ini,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan persidangan vedio Perdana Menteri Malaysia bersama rakyat di kawasan pedalaman.
Ulin merupakan Naib Ketua Umno Bahagian P 182 Pensiangan.
Kenyataan Ulin itu diperuatkan oleh Ketua Kampung Biah Tengah Sook – Pimpong Mansang, yang menjelaskan pengumuman Perdana Menteri itu telah meletakkan nasib rakyat Sabah yang tinggal di kawasan pedalaman benar-benar terbela.

“Ini berita baik untuk kami di kawasan pedalaman,” katanya.
Dengan berkata bahawa kerajaan BN telah memberikan banyak pembangunan kepada rakyat di kawasan pedalaman, Seorang Pengerusi JKKK – Tensu Guili menekankan projek Pan Borneo Sabah yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Ahad di Kg.Andus
Papar merupakan jawapan kepada menifesto pilihanraya ke-13.
“Projek mega ini terkandung dalam manifesto pilihanraya yang lalu dan kini telahpun ditunaikan,” jelasnya dan menambah, kerajaan BN tidak pernah berbohong kepada rakyat
Sabah.
Pengerusi JKKK Kg. Keningau itu berkata, apabila projek Pan Borneo Sabah itu siap kelak akan meletakkan pembangunan di kawasan pedalaman seimbang dengan apa yang sedang dinikmati oleh rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung.
Beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia dengan pemberian itu. – Oleh KALAWON SALANGIT.