Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

PM sidang video bersama rakyat Sabah

0

PAPAR (Sabah, Malaysia): — Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak mengadakan persidangan video bersama rakyat di Keningau, Tawau, Sandakan dan Kudat sebagai simbolik pelancaran jajaran leburaya Pan Borneo Sabah yang dilancarkan hari ini (24 April 2016) di Kg. Andus Papar.20160424_120113

Keningau diwakili oleh Pegawai Daerah di situ, Tuan Hj. Yusof Osman, Datuk Hamisa Samat di Tawau, Tan Sri Ampong Puyon di Sandakan dan Sapli Ibrahim di Kudat.

Seramai 20,000 rakyat menyaksikan majlis pelancaran itu di Papar, sementara beratus di pedalaman Keningau yang masing-masing mengibarkan kain rentang ‘I Love PM” – senerio yang sama turut berlaku di Tawau, Sandakan dan Kudat.

Persidangan vedio bersama pemimpin nombor satu negara itu, merupakan yang pertama dan sejarah yang dilakar di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj. Aman turut berucap di majlis itu di pusat pelancaran leburaya sepanjang 1,236 kilometer itu.20160424_115858

Persidangan video itu merupakan wadah kepada rakyat di keempat-empat daerah untuk melahirkan penghargaan kepada kerajaan, di atas inisiatif membina lebuh raya yang akan menjadi jaringan kepada kawasan mereka dengan daerah masing-masing.

Rumusan daripada luahan wakil keempat-empat daerah menyatakan pembinaan leburaya itu berupaya untuk melonjak pertumbuhan ekonomi sekaligus meningkatkan pendapatan rakyat di kawasan itu.    Hadir di majlis itu ialah Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak serta menteri-menteri Kabinet Sabah dan Persekutuan. – Oleh: DG HENRY.

 312 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.