KENINGAU (Sabah, Malaysia): — Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) mengesahkan sehingga kini tidak ada kes kegiatan pelampau direkodkan di negeri ini, namun pihaknya akan terus memberi kerjasama untuk menyalurkan maklumat kepada pihak keselamatan.
“Kami menjalankan pemantauan dari masa ke sesama,” jelas ketua jabatan itu di sini – Ustaz Abidin Ali.
Abdidin berkata, jabatannya telah mengaktifkan unit pemantauan bagi tujuan itu bagi memastikan sebarang kemungkinan berlaku yang boleh mencemarkan nama baik agama Islam.
Pegawai itu berkata bahawa pihaknya turut bekerjasama dengan agensi-agensi yang lain dalam usaha untuk memastikan daerah ini bebas daripada sebarang pengaruh kegiatan pelampau.
“Kami serius mengenai perkara ini,” katanya ketika ditemui di seminar cegah jenayah syariah peringkat daerah kecil Sook, yang dilangsungkan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sook pada Sabtu (23 April 2016).
Ketua Penolong Penguatkuasa Undang-Undang Syariah (JHEANIS) itu berkata, mengingatkan pemimpin-pemimpin Islam di daerah ini, agar sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkinan yang berkaitan pelampau Islam.
Mengenai program itu, Abidin menjelaskan ia merupakan yang kedua diadakan di negeri ini selepas Sandakan.
Katanya pada tahun hadapan seminar yang sama akan diadakan di Kunak, Pitas dan Bangi. – Oleh: KALAWON SALANGIT.