Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Polis maut kemalangan jalanraya di Sook

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Percutian seorang anggota polis berakhir dijlanraya apabila beliau maut selepas terlibat dalam satu kemalangan kira-kira jam 5 petang di Batu 19 Jalan Keningau – Sook pada Rabu (11 Jan 2017).

Polis Keningau mengesahkan kejadian itu dan mengenalpasti mangsa dikenali sebagai Muhammad Firdaus B. Jaimun, 34, yang bertugas sebagai anggota polis di unit D5 Jabatan Siasatan Jenayah   di IPK Sabah.

Alamat terakhir mangsa ialah  Kg. Beringgis Papar, seorang berbangsa Dusun dan anak jati Keningau. Mangsa memulakan kerjaya sebagai polis pada 16 Jun 2002.

Mangsa memandu kenderaan Produa Myvi dipercayai dalam perjalanan menghabiskan cuti terakhirnya di pekan kecil Sook bersama ayahnya.

Rekod jabatan mendapati mangsa sedang bercuti dari 23 Disember 2016 sehingga 11 Jan 2017. Mangsa sepatutnya kembali bertugas pada hari ini (Khamis – 12 Jan 2017).

Mangsa kedua dikenal pasti sebagai Jaimun bin Kunon, 70, dipercayai ayah kandung Muhammad Firdaus yang beralamat dari Kg. Kauran.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Ahmad Jawila dalam satu kenyataan memberitahu, kemalangan itu melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Land Cruser 75 dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi.

Katanya, pacuan empat roda itu dikatakan bergerak dari arah pekan kecil Sook menuju ke Keningau, manakala kenderaan perodua Myvi dari Keningau menghala ke pekan kecil itu.

Mangsa dikatakan hilang kawalan  dan memasuki lorong bertentangan sebaik tiba di satu selekoh, yang kemudiannya merempuh kenderaan pacuan empat roda itu.

Mangsa tersepit dan maut ditempat kejadian sementara ayahnya mengalami kecederaan parah. Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Daerah untuk bedah siasat dan rawatan, manakala pemandu pacuan empat roda itu seorang kontraktor dikenal pasti sebagai Canny Woo Chung Kim, 35, yang beralamat di Kg. Tuarid Taud Keningau tidak mengalami sebarang kecederaan.—Oleh: DG HENRY.

 

 

 

 457 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.