Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Polis Sabah catat sejarah lantik wanita pertama Ketua Polis Daerah

0

PERTAMA di Sabah seorang wanita, Deputi Superintenden Polis (DSP) Nor Rafidah Binti Kasim, 38, dilantik sebagai Ketua Polis Daerah  Keningau.

Nor Rafidah merupakan seorang diantara empat wanita dalam pasukan PDRM berpangkat tinggi.

“Sejarah bagi kontingen Sabah apabila julung-julung kalinya seorang wanita diberi kepercayaan untuk menjadi seorang Ketua Polis Daerah,” jelas Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Berucap di Majlis Serah Terima  Tugas Ketua Polis Keningau antara Deputi Superintenden Polis (DSP) Sahrudin Mat Hussien yang akan dinaikkan pangakat sebagai Superintenden Polis (SUP) dan berpindah tugas ke IPD  Kota Belud dengan Ketua Polis Keningau yang baharu Deputi Superintenden Polis (DSP) Nor Rafidah, Jauteh berkata;

“Catatan sejarah itu satu penanda aras untuk pegawai-pegawai wanita tidak mustahil akan menjadi ketua polis daerah,”.

“Syabas dan tahniah kepada Puan Nor Rafidah atas kepercayaan pucuk pimpinan yang melantik Puan sebagai wanita pertama jadi Ketua Polis Daerah di kontingen Sabah,” katanya.

Nor Rafiah pada sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Turus D11, Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenaya Kontingen Sabah.

Juteh berkata, mencipta sejarah merupakan satu proses yang memerlukan banyak elemen yang antaranya cabaran menguatkuasakan undang-undang dan penugasan di kawasan pedalaman seperti daerah Keningau.

“Sudah tentu  sebagai wanita, kemungkinan akan menghadapi sedikit kesukaran apabila berhadapan dengan beberapa situasi,  tetapi kesukaran itu jangan jadikan satu kelemahan .. jadikan cabaran itu satu kekuatan,” katanya.

Timbalan Pesuruhjaya Polis itu mahu semua anggota polis di Daerah Keningau supaya memberi kerjasama penuh kepada Ketua Polis Daerah yang baharu itu.

Bercakap kepada media selepas majlis itu, Jauteh berkata isu gander tidak timbul dalam unit beruniform.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) pada hari ini membuktikan bahawa isu ini (Perbezaan Gander) tidak timbul .. PDRM melantik seorang wanita sebagai Ketua Polis Daerah yang pertama di Sabah,”. Katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Jabatan Pengurusan Sabah, Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Yusuh Bin Mat Tais, Supritenden Polis Moses Govindarajoo A/L Govindarajoo, Supritenden Polis AlHusain Bin Halil, Pegawai Turus D9 Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah. – Oleh: DG HENRY, EKOK AMIN dan FIDELIS BOYOGO

 

 2,377 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.