Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Seakan tidak percaya – Verstappen

0

PEMANDU Red Bull, Max Verstappen mengakui seakan tidak percaya apabila berjaya memecahkan dominasi Lewis Hamilton dengan muncul juara dunia Formula Satu (F1) buat kali pertama selepas memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Abu Dhabi, semalam.

Pelumba Belanda itu berkata, dia agak bergelut untuk menyaingi Hamilton, namun kini boleh menikmati kejuaraan tersebut setelah menaiki podium pertama pada perlumbaan terakhir berkenaan dengan catatan 1 jam 30 minit 17.345 saat.

“Ia sukar dipercayai. Saya mula berlumba dengan bapa saya beberapa tahun yang lalu. Ketika kecil, matlamat saya adalah untuk menjadi pemandu F1.

“Saya berharap untuk menang dan berada di podium di samping lagu kebangsaan dimainkan. Saya memang berharap suatu hari nanti lagu tersebut akan dimainkan menerusi kejayaan saya.

“Sekarang, saya berdiri di sini dan apabila mereka memberitahu bahawa saya adalah juara dunia, ia sesuatu yang luar biasa,” katanya.

Verstappen, yang menyertai kelas perdana tersebut sejak 2014, meraih kejuaraan sulung itu apabila memenangi perlumbaan di Abu Dhabi selepas dua protes daripada pemandu Mercedes, Hamilton ditolak.

“Lewis adalah pemandu yang menakjubkan, pesaing yang hebat. Mereka menjadikannya sangat sukar buat kami. Kedua-dua pasukan saling bersaing sengit.

“Kami melalui tempoh yang sukar tetapi ia sebahagian daripada sukan dan emosi, semua orang mahu menang.

“Ia boleh berlaku sama ada hari ini dan tahun depan, kami akan kembali dan mencubanya lagi,” tambah Verstappen.- AGENSI

 

 130 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.