KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini merekodkan 11,618 kes jangkitan Covid-19 berbanding 11,079 pada kelmarin.
Peningkatan sebanyak 539 kes menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia ketika semua pihak digerakkan untuk memerangi pandemik yang menyerang seluruh dunia.
Laman sosial KKM merekodkan Selangor terus kekal merekod angka jangkitan tertinggi iaitu 5,051 kes berbanding 5,263 kes pada semalam semalam.
Perlis yang beberapa hari lalu merekodkan sifar kes, hari ini mencatatkan tiga kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan oleh kementerian itu.
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn). Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu.
Katanya, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO.
“KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan,” Katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 5,051 (300,974)
WPKL – 1,749 (92,837)
Johor – 396 (76,037)
Sabah – 286 (73,136)
Sarawak – 289 (69,865)
Negeri Sembilan – 1,537 (55,756)
Pulau Pinang – 210 (37,294)
Kelantan – 236 (36,721)
Kedah – 504 (30,000)
Perak – 164 (29,771)
Melaka – 526 (23,135)
Pahang – 400 (17,183)