SEORANG remaja di Kudus (Jawa Tengah) didakwa cuba memperkosa seorang warga emas berusia 71 tahun yang merupakan jirannya sendiri.
Unit Siasatan Jenayah Polis Jati, Aiptu Jansen berkata, pihaknya menerima laporan tersebut dan kes akan disiasat oleh unit PPA Polis Kudus.
Jelasnya, mangsa hadir ke balai polis membuat laporan terhadap gangguan seksual yang dialaminya.
Katanya, serangan berlaku Jumaat lalu semasa warga emas itu sedang tidur di rumah bersendirian, manakala, anak lelakinya menunaikan solat Jumaat di masjid.
Tiba-tiba, lelaki itu memasuki biliknya dan cuba mencabulnya.
Wanita itu berkata, remaja tersebut dikenali sebagai seorang yang mempunyai perilaku baik dalam kalangan jiran tetangga.
Dia tidak menyangka remaja tersebut bertindak sedemikian.-AGENSI