Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ribuan beri penghormatan terakhir kepada pemimpin Vietnam

0

HANOI: Ribuan orang menyertai barisan panjang bagi memberi penghormatan terakhir kepada Setiausaha Agung Parti Komunis, Nguyen Phu Trong, pemimpin paling berkuasa Vietnam selama beberapa dekad.

Lelaki berusia 80 tahun itu, meninggal dunia di hospital di ibu negara minggu lalu.

Beliau mengetuai parti itu sejak 2011 dan menyelia usaha antirasuah berprofil tinggi yang melanda parti, polis, angkatan tentera dan perniagaan.

Turut hadir mengiringi pengebumian Trong adalah Presiden To Lam dan Perdana Menteri, Pham Minh Chinh.

Keranda Trong disarungkan dengan bendera kebangsaan Vietnam berwarna merah dan kuning, dan dipandu dalam konvoi melalui jalan-jalan di ibu negara.

Orang ramai memberikan lambaian terakhir ketika konvoi yang perjalanan ke tanah perkuburan Mai Dich.

Kanak-kanak dan veteran perang antara yang menunggu dalam cuaca panas sambil memegang potret pemimpin.

Presiden Lam pada majlis pengebumian berkata, Trong adalah seorang pemimpin yang cemerlang…Ahli parti komunis yang setia dengan kredibiliti yang besar.

“Nama, kerjaya, bakat dan etikanya akan selama-lamanya bersama parti, negara dan rakyat,” katanya sehari sebelum kematian Trong diumumkan.

Sejak semalam, lebih 250,000 orang memberi penghormatan kepada Trong dengan semua bendera di seluruh negara dikibarkan separuh tiang.

Acara hiburan dan sukan digantung ketika tempoh berkabung selama dua hari.

Kesihatan Trong yang kurang baik mencetuskan spekulasi meluas bahawa beliau tidak akan terus berkuasa sehingga kongres parti 2026.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, Trong adalah pejuang hubungan erat antara Vietnam dan AS.

Manakala Presiden Russia, Vladimir Putin memuji pemimpin Vietnam itu sebagai “sahabat sejati Russia”. – AFP

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.