Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Budaya lapuk perlu dipinggirkan dalam sistem perkhidmatan awam — Sairin

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): — Datuk Sairin Hj. Karno berkata, kejayaan agenda transformasi penyampaian perkhidmatan menuntut supaya perkhidmatan awam beralih dari paradigm lama, bagi membentuk budaya baru yang mengutamakan inovasi dan penciptaan serta pemerkasaan intelektual dan profesionalisme.20160505_094936

Katanya, budaya lapuk perlu dipinggirkan sambil meneroka bidang-bidang baru melalui kekuatan iltizam dan perubahan dan perubahan dalam bentuk berfikir dan bertindak.

“Always challenge the ststus quos, think out of the box, dare to think and do differently,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Seminar ICT 2016 Sektor Awam Negeri Wilayah Pedalaman Atas pada Khamis.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah itu berkata, peranan ICT dalam sektor awam pada ketika ini sangat diperlukan, berikutan perlaksanaan Sistem Peruntukan dan Pembayaran atau S3P yang bermula pada tahun ini (2016).

Katanya, sistem baru itu akan beroperasi secara atas talian (online) untuk mengantikan sistem kewangan  yang lama iaitu Sistem Sisvot yang berfungsi secara ‘stand alone’.

Menurutnya, pengurusan kewangan jabatan dan agensi kerajaan negeri akan lebih cekap, cepat dan berintegriti dengan penggunaan system baru ini.

Sairin berkata, focus utama konsep kerajaan pintar adalah yang pertama, ialah ‘Citizen Participation in Governmental Business’ iaitu mengalu-alukan penglibatan rakyat yang berpengetahuan dan berpengalaman luas bersama-sama dalam penyediaan keputusan-keputusan agar segala inovasi sistem diterima dengan tepat oleh sasaran.

Kedua ialah ‘Information Transparency in Government’ yang menjurus kepada bagaimana agensi kerajaan menyediakan maklumat tentang dasar-dasar, keputusan-keputusan dan juga agensi secara atas talian diakses dan difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata, Collaboration across government entities to deliver better citizen services yang merupakan fokus ketiga dalam perlaksanaan kerajaan pintar ialah menjurus kepada bagaimana supaya semua entity kerajaan boleh bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik untuk mencapai penyampaian perkhidmatan yang lebih baik.

“Di sini lah penggunaan teknologi ICT sangat diperlukan untuk mencapai kerjasama yang cemerlang melalui pengunaan email kerajaan,” katanya dan menambah, perkongsian data kerajaan dan juga pengwujudan system berpusat seperti system S3P dan banyak lagi sistem-sistem yang membantu meningkatkan kolabrasi antara agensi kerajaan.

Sairin berkata, transformasi penyampaian perkhidmatan dengan menggunakan ICT sebagai alat adalah strategi yang baik yang boleh membantu di dalam pemantapan penjawat awam ke arah kerajaan pintar.

“Ia dapat menawarkan kecekapan dan keberkesanan dalam penyapaian perkhidmatan awam, memperbaiki komunikasi dan membantu dalam penyelarasan bersepadu,” jelasnya dan berkata, penjawat awam perlu mempunyai ilmu dan kemahiran ICT untuk menjadikannya sebagai alat strategik bagi mengubah cara bekerja ke arah lebih kreatif dan berinovasi.

Seramai 130 orang penjawat awam kerajaan negeri Sabah menghadiri seminar sehari anjuran Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri itu yang dilangsungkan di Bangunan Kraf Yayasan Sabah Keningau.

Lima kertas kerja dibentangkan di seminar itu. – Oleh: DG HENRY.

 

 730 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.