Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Santai bersama Presiden KDM di Nabawan 26 Okt

0

NABAWAN (Sabah, Malaysia): Lima motosikal 20 buah basikal, mesin rumput, periuk nasi dan mesin basuh antara hadiah istimewa cabutan tikit bertuah sempena Program Santai Bersama Presiden Pertubuhan Kadazandusun dan Murut (KDM) Malaysia Datuk Peter Anthony di Nabawan pada 26 Oktober depan.

Rejanly Junik

Setiausaha penganjur Rejanlay Junik dalam satu kenyataan memberitahu, program yang akan bermula seawall jam 8.00 pagi, turut menampilkan artis-artis tempatan seperti Nicholos Anggang, Freddy Antawor, Afiezal Fahmi Amir, Rushdy Raphael, Najiah Asun, Remus Sagu. Sinikin Silip, Angeline Andimang, Sartinie Amy dan Sufry Amunsag.

Selain itu katanya, penampilan artis-artis tempatan yang dikenali seperti Francis Landong, Abu Bakar Ella@Ampal, George Lian dan Rosario Bianis juga akan menambah serinya program itu nanti.

Rejanly memberitahu, tiket-tiket cabutan bertuah diedarkan secara percuma kepada pengunjung dengan mendaftarkan diri bersama nombor kad pengenalan di kaunter pendaftaran pengunjung yang disediakan pihak penganjur.

Tambahnya, beberapa lagi aktiviti dan sukan yang menarik dengan hadiah yang lumayan turut diadakan.

Antaranya tendangan penalti masuk dalam tayar lelaki dan wanita dianggotai 11 orang dalam 1 kumpulan dengan hadiah RM1500 bagi johan dan johan akan melawan team Tembadau Sabah juga dengan hadiah RM1500 bagi pemenang.

Dan pertandingan baju tradisi Murut dianggotai 15 orang dalam 1 kumpulan juga akan diadakan yang menawarkan hadiah RM3000 bagi johan dan  RM2000 RM1000 bagi tempat kedua dan ketiga.

“Selain acara-acara hiburan dan aktiviti lain yang telah dirancang, orang ramai khususnya peminat-peminat bola sepak Sabah (Tembadau) berpeluang menemui pemain-pemain pasukan negeri yang menamatkan kemarau piala Liga musim lepas.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.